Nampaknya da lama gilers aku tak menulis dlm blog ni kan.. eheheheh. bz ke?? tak de la.. cuma takde idea nk tulis ape..
Sempena ramadhan al mubarak ni.. aku nk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalankan ibadah extra2 di bulan ini.. bukanlah nk kata kat sape2.. tp diri aku sendirik pn mcm tu gak.. tggu bulan pose barulah nk buat yg sunat2 tu.. kalu bulan2 lain tu, yg wajib pn kadang2 tertinggal jugak apatah lagi solat2 taubat.. solat hajat n macam2 lagi la yg sunat2 tu kan..
Hidup ni hanye pinjaman.. kitalah yg kene pandai menguruskan ape yg telah dipinjamkan… bkn la disuruh menguruskan perkara besar sgt pn.. hidup kita senirik kan?? so kite senirik la yg menentukan kat path mana kita nk lalu..
Ramadhan ni buat aku jadi rajin la.. yela.. masak2 sendiri.. mmg dari dulu aku masak.. tp kira bulan ramadhan ni ade la special sket.. akekeke… pastu ade terawih! tu yg best tu.. pulak tu kali ni pnye ramadhan, danish da besar.. so senang la sket wpun die merengek2.. alaaaa.. bdk mmg la mcm tu kan… tp aku manage gak goreng2.. hahahahahaha… kalu nk best2 tu tak dapek la nk nolong sbb makcik ni bkn reti masak yg hebat2 tu.. sikit2 sudahla kan.. eheheheheh..
Harap2 ramadhan kali ni membawa sebuah pengertian yang bermakna bagi aku dan juga keluarga aku… begitu jugak dengan kawan2 sekalian…
Ok la.. da la smpi sini jek… besok2 tulis lagi… daaaaaaaa
AKAN DATANG: TEATER MUZIKAL IBU ZAIN PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA 12-18 OGOS 2008, 8.30 MALAM TAN SRI HAJAH ZAINUN MUNSHI SULAIMAN IBU ZAIN (1903 - 1989)
Buat baik ayuhai rakan
Ke dalam laut terus campakkan
Jikalau tidak dikenal ikan
Allah mengetahui iakah bukan
Buatlah jasamu teruna Siti
Hidupmu biar membawa erti
Kamu mati semut pun mati
Jasa itulah bezanya nanti.
******************************************
1946 Malayan Union diperkenalkan oleh British telah membabitkan penglibatan Ibu Zain dalam politik dengan serius. Datuk Onn telah menulis surat kepadanya untuk terlibat dengan pergerakan melayu semenanjung (PMS) di Johor Bahru. Apabila Kaum Ibu PMS ditubuhkan Ketuanya ialah Azizah Jaafar adik Dato Onn dan Ibu Zain menjadi pegawai penerangan. PMS kemudiannya menyertai UMNO. Ibu Zain bekerja keras untuk membantu UMNO menumbangkan Malayan UNION. Datin Halimah Husein isteri Dato Onn telah mengadakan pasar-pasar sehari untuk memungut derma tabung kewangan PMS dan UMNO.
Begitu juga Ibu Zain membantu meyumbang tenaga untuk mencari dana membiayai kegiatan politik dan kebajikan. Keakraban beliau dengan masyarakat memudahkannya untuk mendapat sokongan daripada orang ramai. 1947 Ibu Zain diberhentikan daripada tugas menjadi penyelia sekolah-sekolah perempuan dan guru pelawat kerana tiada kelayakan untuk jawatan tersebut. Perlantikannya hanyalah berdasarkan pengalaman. Ibu Zain menerimanya dengan baik. Beliau menerima anugerah Pingat Ismail Sultan daripada Sultan Johor pada 17 September l947. 1948 ketika Dato Onn menjadi Menteri Besar dan hasil kerjasama dengan PMS pimpinan Dato Onn, Ibu Zain dilantik menjadi anggota Majlis Mesyuarat Negeri Johor. Secara tidak langsung melibatkan diri dengan pentadbiran negeri Johor.
Pernah nyaris mati apabila keretapi yang ditumpanginya daripada Johor Bahru ke Tanjung Malim diserang hendap komunis ketika di Labis. Tujuan perjalanan adalah hendak membincangkan tunjuk perasaan pelajar-pelajar Maktab Perguruan Tanjung Malim. Ibu Zain tertembak di peha dan terlantar di hospital selama 44 hari. Ketika itu jugalah berlakunya rapat raksasa di Bukit Timbalan Johor 15 Julai l950 membantah perletakan jawatan Dato Onn sebagai Yang Di Pertua UMNO. Ungku Abdullah Omar yang menganjurkan perhimpunan meminta Ibu Zain berucap supaya Dato Onn menimbangkan keputusannya. Ibu Zain yang belum sembuh terkejut melihat orang ramai memakai lencana UMNO terbalik dan bendera dikibarkan juga terbalik. Sepanduk menyebut “Dato Onn Berhenti – UMNO mati”.
Ibu Zain mempersoalkan adakah UMNO berjuang untuk menyanjung tokohnya. Apakah tokoh boleh menyebabkan putus asa dan lemah semangat. UMNO berjuang untuk menebus kembali kemerdekaan bukan kerana penganjur atau pemimpin tetapi kerana tanah air. Ibu Zain bertanya, “Jika Dato Onn dipanggil Allah ke hadratnya mahukah tuan puan mengikutnya? Mahukah tuan puan ditanam bersama-samanya di dalam tanah? Kerana rapat itu Dato Onn telah menangguhkah perletakan jawatannya buat seketika. 1950 ibu zain dilantik menjadi ketua wanita UMNO kebangsaan menggantikan Puteh Maria ketua yang pertama. Masa ini UMNO mengalami masalah perpaduan dan ibu Zain dianggap orang yang paling layak untuk memujuk wanita supaya tidak meninggalkan parti tersebut akibat Dato Onn meninggalkan parti itu. Beliau dapat memujuk dan menambah ahli dengan mengadakan kunjungan ke serata negeri memberi ceramah kepada kaum wanita.
Ketokohannya telah membawa beliau ke India diundang oleh Sarojini Naidu Pengerusi Hal Ehwal Dunia menghadiri Persidangan Perhubungan Asia di New Delhi (Inter Asia Conference) 1952. Jemputan ini atas kewibawaan peribadi yang akan membincangkan mengenai keadaan negara-negara yang belum mencapai kemerdekaan. Bersama nya ialah Dr. Burhanuddin al Helmi. Kehadiran mereka berdua ke India kemudiannya difitnah sebagai membuat hubungan sulit. Menjernihkan suasana Ibu Zain menghadap Sultan Ibrahim Johor. Punca fitnah adalah kerana tanah tujuh ekar di Bukit Sri Lalang dan Istana Mastika Embun kepunyaan Tengku Ampuan Mariam diwakafkan untuk pengajian tinggi khusus anak-anak perempuan yang diamanahkan kepada Ibu Zain ingin digunakan untuk bangunan ibu pejabat parti UMNO.
Ibu Zain juga diserang penyakit aneh yang menyebabkan doktor menasihatkan beliau berehat di luar Negara. Semasa ketiadaan beliau Raja Perempuan Perlis Tuanku Budriah menggantikan tempatnya sebagai ketua Kaum Ibu UMNO selama tiga bulan. Ibu Zain telah ke Colombo bersama 14 orang lain kerana menghadiri Jambori disana. 1952 memainkan peranan penting mewujudkan Kongres bahasa. 1954 beliau ke luar negeri lagi menjadi wakil tunggal wanita ke Persidangan Bahasa Melayu-Indonesia di Medan dan menjadi anggota Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya ketiga pada l956 hingga tertubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada l958.
Sekembalinya dari luar negeri jawatan ketua kaum Ibu Wanita UMNO telah terlepas ke tangan Khadijah Sidek seorang pelarian Indonesia yang petah berpidato. Sebelum ini Khadijah Sidek adalah setiausaha Wanita UMNO Johor Bahru saja. Ibu Zain hanya dilantik menjadi jawatankuasa wanita Bahagian Johor Bahru. Hanya l955 Ibu Zain dilantik sebagai ketua wanita UMNO Bahagian Selatan. Beliau telah menolak untuk menjadi Ketua Kaum Ibu UMNO Malaya kerana sibuk hendak menubuhkan KOLEJ TENGKU AMPUAN MARIAM.
Ibu Zain memperolehi anugerah Pingat Johan Mangku Negara pada 30 Ogos l958 daripada Sultan Johor. 1959 rapat umum Bukit Timbalan menarik perhatian kaum ibu seluruh Malaya terhadap kepimpinan Ibu Zain. Ibu zain dipilih menjadi salah seorang wakil kaum Ibu UMNO Negeri Johor ke Persidangan Agung UMNO Malaya di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. Dalam perhimpunan agung inilah Ibu Zain meminta dia dipanggil Ibu sahaja. Ini akan memudahkan lagi kerja-kerjanya untuk bergiat terus dalam lapangan pendidikan dan politik.
Pada tahun yang sama kemuncak kegiatannya dalam politik terserlah apabila menjadi calon wakil rakyat wanita tunggal Johor dan bertanding di parlimen Pontian. Beliau menang dan menjadi wakil rakyat hingga tahun l964. Kerana pengalaman dalam bidang pendidikan beliau dilantik menjadi Ahli jawatankuasa Parlimen Bahagian Pelajaran. Satu isu besar yang diperdebatkan di Parlimen ialah mengenai isu rupa bangsa Melayu. Dato Onn daripada Parti Negara membangkitkan nama bangsa persekutuan sebagai Melayu. Bagi Ibu Zain kedudukan orang melayu adalah mengikut peruntukan keistimewaan melayu fasal 153 Perlembagaan Persekutuan l957 dan akan terbuka kepada bangsa lain. Hal ini mengganggu kedudukan orang Melayu pada masa hadapan. Pendapat beliau diterima oleh ahli-ahli kerajaan Perikatan sebagai satu sebab menentang Dato Onn.
Hasilnya anggota pembangkang Melayu terdiri dari PAS dan Parti Negara yang berjumlah 13 orang sahaja mudah dikalahkan oleh Perikatan. Selepas dua penggal menjadi wakil rakyat Ibu Zain bersara daripada politik. Namun beliau tetap bergiat dengan cergas di dalam UMNO negeri Johor. Beliau dijemput menjadi penasihat dan penaung cawangan-cawangan dan Jawatankuasa Wanita UMNO Johor. Pada tahun l964 Ibu zain mencadangkan supaya tentera wanita ditubuhkan. Pada tahun yang sama beliau telah mengorak langkah dengan mengeruai seramai 150 orang wanita dan menubuhkan Barisan Tentera Sukarelawati di Johor dengan kerjasama pergerakan wanita UMNO Negeri Johor di bawah pimpinan Datin Paduka Fatimah Abdul Majid. Beliau berusaha mendidik anak-anak perempuan Islam Melayu berasaskan cogan kata beliau “Agama dididik moden dibela. Dunia dikelek akhirat dijunjung. Walaupun sibuk berpolitik, minat beliau dalam pendidikan watina tidak pernah luput. Beliau sangat berhasrat untuk menubuhkan sekolah untuk kanak-kanak perempuan dengan sukatan pelajaran yang dipercayai dapat melahirkan wanita yang sempurna.
Bagi Ibu Zain pendidikan akademik dan agama mestilah diajarkan kepada anak perempuan dengan seimbang. Bukan sahaja menjadi wanita muslimah dan pekerja yang baik tetapi paling penting ibu yang sempurna yang dapat mendidik anak-anak menjadi warga Negara yang berguna. Untuk itu tahun l958 beliau meneruskan cita-cita yang terbengkalai sejak 1946 dengan membaiki istana lama kepunyaan Tengku Ampuan Mariam adinda Sultan JOHOR dengan bantuan Jabatan Kebajikan masyarakat pada 10 Mac l963 barulah Kolej anak emas Puteri Ampuan Mariam ditubuhkan. Kolej ini menampung anak-anak perempuan yang terkandas di dalam Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia untuk menyediakan mereka dengan Sijil Tinggi Persekolahan bagi membolehkan mereka masuk ke Universiti. Kolej yang bersifat persendirian ini dikendalikan oleh Ibu Zain sebelum di ambil alih oleh Kementerian Pendidikan. Ini lah tugu kejayaan peribadinya.
Sinopsis Teater Muzikal Ibu Zain Zainun Munshi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain, membesar sebagai seorang kanak-kanak perempuan yang cergas dan cerdas. Latarbelakang pendidikan agama yang dititipkan oleh bapanya dan ketegasan bapa menghantarnya bersekolah Inggeris telah membuka mata dan jiwa Zainun untuk menjadi pendidik bangsa bukan sahaja melalui jawatan guru yang sangat disenanginya tetapi juga sebagai pengarang yang ditekuninya dan pejuang masyarakat yang membawanya menjadi pelupur pejuang wanita berjiwa pekasa. Laluan hayat yang ditempuhinya adalah waktu-waktu penuh getir zaman penjajahan Inggeris, Jepun, Komunis, Darurat dan kebangkitan penentangan Malayan Union sehingga Malaya mendapat kemerdekaan. Layar masa sebagai isteri kemudian menjadi ibu tunggal beranak tiga dan pada masa yang sama pemimpin kaum ibu sangat menguji kesabaran jiwa dan raga.
Ibu Zain terpaksa akur tidak melanjutkan pelajaran kerana masyarakat waktu itu menolak anak perempuan belajar tinggi. Tetapi dia mengubati kekecewaan dengan mendirikan sekolah untuk orang kampungnya belajar membaca dan menulis. Beliau difitnah berkasih dengan Dr.Burhanuddin Helmi oleh ahli UMNO sendiri, sedangkan keakraban mereka kerana mewakili Negara ke Persidangan Perhubungan Asia di New Delhi. Namun beliau tetap gigih berjuang. Ibu Zain juga diberhentikan kerja kerana kelantangannya menentang Malayan Union dan dihina kerana hendak mendirikan rumah kecil dikawasan bangsawan. Ibu Zain kebal dan cekal mengharungi segala cabaran. Suatu ketika walaupun masih sakit kerana tertembak beliau masih mampu berpidato untuk menyekat Dato Onn daripada meninggalkan UMNO.
Apa yang yang ingin diperjuangkan Ibu Zain adalah melihat anak bangsanya bebas dan merdeka bukan sahaja daripada penjajah tetapi belenggu pemikiran yang menyekat kemajuan. Keutamaan perjuangan yang mendasar adalah pendidikan akademik dan agama mestilah seimbang seperti katanya “Agama dididik moden dibela”. Wanita bukan sahaja muslimah dan pekerja yang baik tetapi paling penting ibu yang sempurna yang dapat mendidik anak-anak menjadi warga Negara yang berguna. Hasrat ini diterjemahkan disetiap detik perjuangannya dan diperkukuhkan dengan penubuhan KOLEJ TENGKU AMPUAN MARIAM yang beroperasi di Istana Mastika Embun Johor Baharu kurniaan Tengku Mariam adinda Sultan Johor. Disinilah Ibu Zain mengabadikan semangat dan keringatnya hingga akhir hayat.

Memandangkan aku da lama tak updet blog nih.. so td aku godek2 jumpa gambo lama2.. ni gambo mase kak jue kawen.. da lama da die kawen.. pluss.. da ade anak da pun org tua tu.. hahahaha.. ok.. kepada kay & nad.. enjoy!
haha.. aku teringat kite p johor boy cousin aku tu yg jemput kan.. plus.. umpat keji kite terhadap org *** padahal gf mamat tu org dari negeri itu.. wei.. bile nk gi korg kawen ni wei..
by da way, rasenye encik Shamsul yg jemput kite pada malam tu kan.. sampi skang ni aku tak belanja2 lagi mamat tu chilis.. hahaha.. poyo jek.. tak pelah.. die pn da kawen.. soh la bini die banje die..
ANYONE!!!!!!!!!!!!!! TEACH ME HOW TO PLAY WITH THIS FACEBOOK!! Tak paham.. tak reti… haiyaaaaaa
Hari ni aku baru datang opis.. smlm aku sakit.. harini sakit jugak.. tp td da makan ubat.. lgpun harini aku bwk ubat gi opis.. agak2 tingtong.. aku makanlah ubat.. sbb pagi2 buta da makan ubat, aku rase ngntuk.. so dgn tak nak rasa ngntuk… aku smbg wat file.. tp aku ngntuk jugak.. YA ALLAH… subuh td berejam aku mandi… mula2 mandi air sejuk.. tak tahan sejuk aku bukak jugak heater tu.. tp pastu aku mandi air sejuk balik.. giler la lama aku mandi..
pastu tertdo blk… danish merengek2 manje.. haiya.. itu mamat asyik merengek ajek, pastu tersedar, kelam kabot aku belari2 anak.. maklum lah tumpang org.. hari ni tak bes.. da la kelam kabut.. seb bek smpi awal la jugak.. kul 7.25 jam kat opis aku nih… so skang ni aku da ngntuk balik.. haiya…
sbb tu aku blogging nih.. lagipon aku takde bende nk buat… (kalu lah korg tgk aku nye tmpt) hehe.. byk la takde bende.. just aku takde mood.. pg td akak cleaner kate.. intan da ok?? muke intan merah lah.. (saje nk tambah dlm citer nih)
harap2 tengahari ni aku ok lah.. seksa la batuk demam nih.. jangkit danish.. hahah.. pelik tak.. selalu anak jangkit mak.. ni.. aku bejangkit lak kat anak aku.. mkn ubat nnt danish tanak menyusu.. so aku kene tahan lah.. kesian anak aku.. tp kalu tak larat sgt.. aku makan jek ubat.. pluss.. minum air masak..
Sekian terima kasih.. aku nk beli sarapan.. isi perut dulu.. chow!
Hati saya terbahagi dua.. satu untuk dia satu untuk mama.. rasa2 sapa lagi berhak terhadap hati ini??
MENYESAL AKU.. AKU BETUL2 MENYESAL. MACAM2 HAL… KO.. KO MESTI TAU KENAPA AKU MENYESALKAN.. BABI BETUL! HAK TUIH.. AKU SUMPAH KORG SUME KENE PANAH PETIR! MAMPOSLAH KORANG.. BABI SIAL!
hahaha.. kali ni citer pasal aku lagi lah.. yg ni pn mmg aku takleh lupe.. ni citer pasal moto dulu… dulu mase mula2 aku keje kat TM tuh, aku stay kat umah uncle aku kat BTHO.. tak de la lame sgt stay situ.. tp lama jugak kot.. heheheh.. sblm keje TM tu aku buat data entry kat opis uncle.. ngn ya ngn angah skali.. tu yg aku dok umah uncle tu.. uncle kata, nnt da ade duit br leh pindah.. (time tu lah) so seperti biase aku gi keje.. selalu aku gi keje uncle anto n amek.. kadg2 auntie pae anto n amek jugak… kdg2 tumpang auntie leha.. jiran diorg.. kire uncle ngn auntie aku ni tukang anto n amek aku jek lah kejenye..
so nk dijadikan cerita.. uncle takde gi kursus ke ape lobang ntah.. aku tak hengat.. yg penting aku tumpang auntie leha smpi kat pusat bandar damansara tu… dr situ amek bas gi bangsar sbb nk gi opis naik tren.. auntie pn takde time tu.. so aku pn cube2 naik bas lah.. uncle kate kat jalan silang tu.. amek bas no bape ek.. jab2.. aku nk cube igt..aisssssssssshhhhhhhh.. tak hengat.. tak hengat… time tu da petang la.. blk keje kul 5.30.. smpi jaln silang tu dkt kul 6 kot.. maklumlah baru nk kenal jalan time tu.. naik tren tekedek2 carik mane mydin jalan silang.. hehehehehehe.. pastu tggu pnye tggu bas yg dinanti itu rosak.. so pakcik drebo tu kate la.. *awak naik la bas cheras perdana, turun simpang pastu jalan sket…* ntah ape dlm pale otak aku time tu.. aku pn ikut jeklah ckp org tua tu.. hehehe.. naik bas smpi2.. die bentikan aku betul2 kat simpang tu.. tp nk jalan pnyelah jauh MasyaALLAH.. mmg aku tak jlan nk.. nak mampus ke hape.. time tu akak ni pakai heel tinggi banyak inci lak tu.. (nad.. kasut yg ko bagi aku tu.. time bday tu kan kite bagi membagi antara satu sama lain) hahahaha.. tggu teksi takde sebatang pakcik teksi pn yg lalu.. time tu da nk maghrib da.. sekali ade sorg pakcik ni die beli sot kabo kat cine tepi jalan tu.. gaknye die tgk aku melilau risau die pn tanye la.. nk gi mana ape lobang sume… org tu pangkat pakcik.. tp aku panggil ler abang.. heheh.. geli.. ish.. tp die tak gatal la.. baik jek raut wajahnya.. tp takde la raut org beriman.. hahaha.. dahtu die offer aku naik moto die tu.. aiseh.. mule2 aku mmg tak nak la.. gile ke hape.. aku tak penah naik moto woi.. ngn *ex jek aku penah la.. tu pn bape ketok jek.. aku takut.. aku takut naik moto.. seram.. macam terbang jek rase.. pastu da malam da.. azan maghrib pn da berkumandang.. takut aku dok lama2 time remang2 hari nih..
akhirnya aku pun bersetujulah.. tak lama gak aku pk.. tanpa berfikir panjanglah jugak ni keputusan aku nih.. so naik jekla.. patutnye benti depan sekolah.. tp aku nk selamatkan diri aku gak.. risau ler.. takut pn ade gak.. so aku soh benti betul2 depan simpang yg mmg jauh sket dr umah tu.. erk.. siap mintak no tepon aku ape lanc sume la kan.. aku bagi no tipu ngn ckp nama aku siti.. die call time tu gak.. aku kate phone batt da kong.. huhu… cepat2 aku kate thanx n jalan ler.. lalu jlan belakang jauh sket.. saje la.. tgk mamat tu takde aku pecut balik umah… huh.. smpi umah jek aku tgk nenek gombak ade.. aku cite la kat die.. die kate sakit jantung die dengo aku tumpang org sebarang2 nih.. yelah.. dahtu nk buat cemana kan… tu citer moto…
Besoknye itu hari sabtu.. dimana TM masih bekerja sabtu lagi time tu.. so aku pn pg la.. ayak.. tak tau nk tumpang sapa.. igt lagi.. time tu aku pakai suar putih nina ngn baju merah labuh..tudung putih ke cream ntah.. aku pn da pasti la tudung tu.. auntie leha takde lak time tu.. mmg sah pagi tu aku nangis.. hu hu.. baru keje tak geti monteng time tu.. tggu teksi takde2.. pastu tetibe ade keta merah.. mcam org mabuk jek.. takut aku.. ya latif ya latif ya latif.. risau aku.. die benti tp nape ntah.. tak sempat tegur aku die jalan balik.. seb bek.. dahtu tetibe aku nampak ade kenari kaler putih.. aku tahan keta tu.. gile tak? so aku kate la.. encik bole tumpangkan sy smpi lrt tasik selatan.. encik tu nk gi muzium.. die kate.. sy anto smpi kl sentral boleh? wahhh.. aku pn naik jek lah.. muke yg ni beriman sket… macam anuar ibrahim.. dlm keta die senyap jek.. aku lagi la senyap.. dlm hati doa2 moga cepatlah smpi opis… smpi kl sentral.. aku pn naik tren p keje la ape lagi.. ckplah time kasih sume kat org tu.. aiseh.. berani ke tak aku nih? gile ah.. sebarang2 org jek.. smpi opis lewat sket.. aku citer dan ku kompang abis la kat opis.. diorg marah.. aku citer kat WARAS… waras pn marah.. ko ingat ni kampung ke.. ni kl la macam2 leh jadik.. huk huk huk.. terase naif sgt diri ni cpt pecaya org… tp alhamdulillah tak de pape yg terjadik la… syukur sgt2.. tp skang ni aku tak camtu lagik.. nk naik bas pn aku takut.. hahahaha.. (ngade2 plak tanak naik bas! ngeng…)
lepas dari peristiwa tu lah.. uncle balik terus carik bilik sewa untuk aku.. erm.. tp actuallynye aku da call siap2 da dulu kat vista tu.. tp akak tu kate bilik da ade org dah.. smpi2 vista call2 call2 tgk bilik terus pelepuk bagi duit nk book la konon2.. terus la aku pindah.. bile ek aku pindah.. next weeknye tu kot.. hahhahahh sekian terima kasih.. uish.. citer aku ni mmg gile kan?
korang tak dengo lagi citer cemana aku jumpe laki aku & bagaimana aku buat keputusan untuk berkahwin dengannya sedangkan aku tak tau asal usul die pon.. gaknye korg mesti impress gile bile aku citer pasal nih.. erk! hahahahahahahah.. nnt2 la bile aku ade mase n mood aku baik.. aku citer la.. kalu mood aku tak baik tanak rr citer.. nnt jd tak bes plak karang..(APE2 PN TAHNIAH LA UNTUK AKU, SBB DAH KAWIN PN DGN DIE)
Ha ha ha.. aku teringat mcm2 kisah dolu2 dr zaman sekolah smpi ler skang nih.. ni kes kak mala la nih.. adeke sebut pasal beskal tu.. hahaha.. kelako kelako.. seb bek tak jumpe toyol ke hantu setan ke kat umah berhantu yg mim ckp tu.. hahahha.. kelako gile lah.. bdk beskal tu gaknye pn kalu nmpk muke aku tak hengat.. maklumlah.. time tu malam2 mmg la tak cam sgt kan… aish.. mmg menyeramkan betul lah..
ok.. bio aku citer balik ape sebenonye yg berlaku pada hari itu.. time tu aku nk blk jb besoknya.. jd malam tu aku lepak la umah mim.. erk.. jab2.. yeke? eh.. silap2.. time tu ex* aku turun kl.. haaaa.. dahtu plan nk gi klcc.. so kitorg pn berpecah la kan.. tp tak plan bile nk balik.. jumpe katne.. pukul bape ape lobang la.. plus.. masing2 dlm pale otak ni *ape2 call..* time tu bdk lagi.. br pakai hp lak tu.. hahaha.. so mmg call jek lah kan.. hahahahahah… ok so pas dating2 sakan dua2 makhluk ni.. tibalah saat nk pulang ke rumah.. time tu da kul 10.. ayoyo.. cemana ek.. aku pun tgklah mim kat tmpt lepak selalu tu dpn klcc tu.. ape ha nama tmpt tu.. aku pong da lupa.. lama gile tak gi klcc nih.. ayokkkk…. dah tu tgk2 carik2 tak jumpe.. aku pon try call mim.. tak dpt.. not available ler gitu kan.. so dgn gamble nye aku naik tren benti kat keramat kot.. kalu tak silap la.. keramat ke mane ntah.. aku da igt2 lupe da.. turun2 jek cm pelik la.. asal lain macam jek nih.. dah la time tu ade construction.. tmpt tu sunyi dan seram sahaja.. dahtu aku nampak adik naik beskal. .aku tanye die.. *dek2 esso katne?* lor salah stesen rupenye.. adeh deh.. bdk tu kesian kat aku sbb aku separuh nangis ler.. (lom nangis lagi…) tp dalam ati da takut da.. ya latif ya latif ya latif… bdk tu tumpangkan aku nek beskalnya.. dan hantar la aku smpi esso.. pastu aku pn carik2.. jumpe la akhirnya umah mim.. dekat kul 11 lebey gak la.. adeh. seb bek takde perogol bersiri ke hape.. kalu tak naya jek..
smpi2 umah.. dah kecoh sbb mim tak balik lg.. mak die, kakak die sume cam kecoh2 sket rr.. aku try call2 tk dpt.. pastu tetibe ade org call dan org itu adalah mim.. aiseh.. sore die pn macam cuak2 nk nangeh gak la.. sbb die takut nk jln sorg2 kat area umah tu.. haha, rupa2nya mim pakai no tepon lain aku pakai no tepon lain.. sudahnya.. dua2 tak leh nk contact each other.. giler la… dah tu time kecoh2 tu tetibe ada org berlari2 laju gile mcam kene kejar anjing.. ehehehe.. mim da smpi umah.. mlm tu br aku tau ade satu umah kosong area situ berhantu.. dan mmg kite kene melintasi umah itu.. adeh deh.. seb bek antu tu tak cekup aku.. kalu takkk.. mampossssssssssssssss… demikian la cerita kenangan aku naik beskal ngn org yg tidak dikenali tp nasib baik org tu bkn perogol bersiri atau abang kucing.. sekian terima kasih