Wajib pakai baju batik setiap Khamis
PUTRAJAYA 15 Jan. – Semua kakitangan awam diwajibkan memakai baju batik pada setiap Khamis mulai minggu ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan memastikan kakitangan awam ‘tidak lupa’ untuk berbaju batik kerana sebelum ini ia hanya dipakai dua kali sebulan.
Ini bermakna pemakaian baju batik di kalangan kakitangan kerajaan bukan lagi pada hari pertama dan ke-15 setiap bulan seperti yang diamalkan sebelum ini.
Dengan penguatkuasaan peraturan itu, baju batik akan dipakai empat kali sebulan.
“Kakitangan lelaki digalakkan memakai batik Malaysia,” kata Mohd. Sidek kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Inisiatif Baru Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Kerajaan di sini hari ini.
Pekeliling mengenai arahan berbaju batik itu telah dikeluarkan dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) oleh Ketua Pengarahnya, Tan Sri Ismail Adam.
Menurut Mohd. Sidek, pemakaian baju batik tidak dilakukan pada hari Jumaat kerana ramai kakitangan lelaki mahu memakai baju Melayu pada hari tersebut.
“Ini bukan arahan baru… kita cuma kembali pada sistem lama,” katanya.
Sebelum ini, pemakaian baju batik di kalangan kakitangan awam ialah pada hari Sabtu tetapi apabila hari bekerja sektor awam menjadi lima hari seminggu, ia ditukar kepada hari pertama dan ke-15 setiap bulan.
Sementara itu, JPA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan arahan tersebut tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam, pegawai yang menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat asing atau pegawai yang menghadiri majlis-majlis rasmi yang menetapkan pemakaian jenis pakaian lain.
-UTUSAN MALAYSIA, RABU 16 JANUARI 2008/DALAM NEGERI-
HUAAAAAAAAAAAAAAAAAAA mana mau carik batik.. smlm baru pakai.. huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa huaaaaaaaaaaaaa… gue ade 2 saja baju batik.. mahal maaa batik malaysia.. huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
uwaaaa….batik ku langsung tak muat dah…
January 23, 2008 @ 5:25 pm